Posted on Leave a comment

Minyak Zaitun Extra-Virgin Sihate FAQ.

S : Berapa lamakah sebotol Minyak Zaitun Sihate boleh bertahan ?

J : Ia bergantung terhadap bagaimana anda menggunakannya. Jika diamalkan dua sudu besar setiap hari, Insyallah ia boleh bertahan sehingga 30 hari.

S : Adakah Minyak Zaitun Sihate ini dapat membantu memperbaiki masalah kesihatan saya ?

J : Minyak zaitun bukan ubat. Ia adalah makanan yang apabila diambil di dalam kuantiti tertentu, Insyallah dapat membantu mengawal beberapa jenis penyakit yang ada kajian mengenainya. Namun, pengambilan minyak zaitun juga perlulah diseimbangkan dengan gaya hidup yang sihat. Bagi sesetengah penyakit kronik, perlulah mendapatkan saranan doktor sebelum mengambil minyak zaitun.

S : Adakah Minyak Zaitun Sihate ini boleh digunakan untuk memasak ?

J : Secara asasnya, minyak zaitun akan terjejas khasiatnya apabila terdedah dengan haba. Tetapi berdasarkan beberapa kajian, minyak zaitun extra-virgin sangat bagus digunakan untuk memasak BERBANDING minya-minyak lain kerana ia mampu mengekalkan khasiat makanan yang dimasak. Oleh kerana harga minyak zaitun extra-virgin agak mahal untuk digunakan sebagai minyak masak, memadai ia digunakan dengan merenjis di atas makanan setelah selesai memasak.

S : Bagaimanakah cara terbaik untuk mengamalkan Minyak Zaitun Sihate ini ?

J : Terdapat pelbagai saranan cara pengambilan minyak zaitun bergantung terhadap apakah objektif yang ingin dicapai oleh individu. Secara umum anda boleh mengambil minyak zaitun bersama makanan atau digunakan sebagai bahan masakan. Ada juga pakar kesihatan mengesyorkan memakan minyak zaitun secara mentah. Paling mudah, amalkan dua sudu besar sehari pada waktu pagi dan malam. Maksima enam sudu besar sehari. Ikuti juga petua cara menggunakan minyak zaitun di sosial media Sihaté.

Dapatkan Minyak Zaitun Extra-Virgin Sihate di sini.

Minyak Zaitun Extra-Virgin Sihate

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *