
Bukan Sekadar Najisβ¦
Najis anda π© merupakan hasil yang menjadi refleksi kepada pengambilan diet anda, minuman, ubat ubatan dan gaya hidup seharian.
Carta najis yang dikenali sebagai Bristol Stool Chart ini , merupakan rujukan untuk membandingkan ciri ciri najis yang berbeza serta terjemahan kepadanya.
π Najis yang normal adalah jenis yang ke 3 dan ke 4, ianya lembut dan mudah di keluarkan
π Jenis 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami sembelit. Anda mengalami kesukaran untuk membuang najis dan proses menyah tinja lebih menyakitkan
π© Jenis 5 dan 7 menunjukkan anda mengalami cirit birit. Anda perlu bergegas ke tandas sebaik sahaja mula berasa sakit perut.
Ciri ciri perkumuhan yang sihat
β Biasanya seseorang individu akan ke tandas selepas 30 minit mengambil makanan ( biasanya sarapan)
β Mampu bertahan sebentar untuk membolehkan anda berjalan ke tandas dan membuka seluar
β Berjaya membuang najis dalam tempoh seminit sebaik sahaja anda duduk di tandas
β Tidak perlu meneran najis
β Tidak perlu kembali ke tandas semula